background

Sunday, December 12, 2010

16 DISEMBER 201O

16 DISEMBER 2010

Tidak berapa lama lagi, detik indah yang direstuiNya akan datang. Pelamin kasih menjadi realiti. Tiada kecelaruan yang meragui. Hanya bertandang di setiap taman kedamaian yang mengayikkan tanpa menghiraukan luaran yang menggusarkan kebahagiaan. Semoga menjadi isteri yang tahu hati budi bakal suami. SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK RODIAH DAN FAZILI akan mencapai kecapaian yang suci. INSYALLAH.

Sunday, November 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Semoga Hari Raya Aidiladha ini, akan memberi keinsafan yang berterusan ketika dunia berada di hujungNya. Walaupun setiap saat kita tidak terlepas dari tekanan dan penindasan manusia yang sengaja mahu memberi kemurungan. Tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa.

Friday, September 17, 2010

MENDUNG SYAWAL MERANGKUL HIBA

MENDUNG SYAWAL MERANGKUL HIBA

Penanda malapetaka
apakah mendung Syawal merangkul hiba
sehingga kerakusan jiwa kemanusian
yang hilang terusan tumbang satu persatu
menjadi debu

Mendung Syawal merangkul hiba
begitu menusuk hati
keseronokan
kemesraan
keceriaan
tidak punya lagi

Pasrah
dalam Syawal
detik kehampaan lewat sepi
yang mengaibkan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

Tuesday, August 10, 2010

SESULUNG RAMADAN INI

SESULUNG RAMADAN INI

Membawa aku dalam sebuah pencarian lagi
menemukan persimpangan kehidupan
yang penuh keharuannya

Detik yang pasti
adalah pasrah yang berserah
iman dan takwa

Sesulung Ramadan ini
meneruskan agenda yang berbeda
dari sedia ada

Meninggalkan jadual yang tidak berkisah
menambah keyakinan bermaruah
menyelesaikan kempunan yang resah.

AL HISYAM,
Jalan Taiping, Talang,
Kuala Kangsar.

Monday, July 26, 2010

RAMADAN

RAMADAN

Tidak berapa lama lagi Syaaban akan meninggalkan kita. Ramadan muncul. Apakah kita belum sedar tentang kelalaian dan kecelakaan yang menimpa hidup kita sehingga saat ini? Begitu membebankan kita yang terus berfikir tentang permasalahan yang saban hari memberi tanda tanya. Kes pembuangan bayi, remaja merempit, merompak, ragut, kemalangan dan sebagainya. Adakah di Ramadan ini, akan terbela dan punya keinsafan bagi kita menghindarkan gejala ini terus berleluasa? Semoga kehadiran Ramadan menyakinkan kita beroleh keimanan dan ketakwaan seadanya. Meninggalkan yang sedia ada serta patah kembali menemui ALLLAH hendak-Nya.

Thursday, May 27, 2010

MARUAH

Bagaimana seorang ibu boleh melihat anak perempuannya melakukan adengan ringan di depan matanya sendiri tanpa rasa malu dan segan. Hanya kebanggan yang terlukis di wajahnya. Apakah dunia telah songsang atau akhirat yang tidak pernah terlihat lalu darjat tersungkur laknat?

Maruah..........?

MEI

MEI

1 Mei 2010 merupakan hari Buruh. Semoga saranan kerajaan mahu menyelaraskan tangga gaji sektor industri terutama perkilangan kain dapat memberi impak yang berfaedah pada warga tersebut. Telah lama mereka dalam kedudukan yang lebih rendah dengan kerjaya yang lain.

15 Mei. Hari Belia. Apakah matlamat belia di tanah air ini, tercapai apabila pelbagai peruntukan dan sumbangan disalurkan? Adakah belia sedar dan berfikir berapa jumlah yang telah habis bagi tujuan memberi kemudahan dan latihan bagi melihat akan datang belia terkini menjadi pelapis kepimpinan yang sedia ada?

16 Mei, Hari Guru. Picisan Rasa mengucapkan selamat hari guru kepada semua yang terlibat dengan kerjaya ini. Biarlah guru mendidik, ibu bapa di rumah memberi sokongan dan masyarakat meneruskan agenda bagi bekerjasama dalam menagani gejala yang sedang bergolak ini. Bukan guru sahaja tempat mereka mendapat pendidikan tapi kita sebagai pendokong mencari alternatif lain untuk menyuburkan pemikiran yang positif.

Monday, April 19, 2010

JALAN TAIPING

JALAN TAIPING

Sebelum aku dewasa aku tinggal di Jalan Taiping yang punya misteri tersendiri. Jalan Taiping, Kuala Kangsar berubah wajah. Di kiri dan kanan sudah punya kedudukan yang berbeda. Sewaktu kecilku jalan yang mengubungkan Taiping dan Kuala Kangsar merupakan laluan utama Utara Selatan (Jalan Persektuan).

Kini jalan yang lebar telah banyak memberi hikmah. Jarang berlaku kemalangan di kawasan ini. Kita harus bersyukur jika setiap perubahan itu membawa manafaat yang hakiki. Walaupu tidak disangkal risiko tetap wujud. Walaupun tidak dinafikan laluan ini semakin sibuk apabila Lebuhraya yang sedia ada sedikit sebanyak menjanjikan laluan ini, semakin meruncing.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, penduduk di Jalan Taiping menerima perubahan lagi. Dengan lanskapnya sekali. Mungkin esok punya perancangan lagi.

Friday, April 16, 2010

KEMBALIKAN KEHARMONIAN DARUL RIDZUAN

KEMBALIKAN KEHARMONIAN DARUL RIDZUAN

Rakyat Darul Ridzuan pasti menanti saat-saaat kemeriahan menyambut perayaan Hari Keputeraan Sultan Perak yang mereka kasihi dan hormati. Padamkan api sengketa dari telunjuk bijak pandai politik yang mengaburi penduduk negeri Perak Darul Ridzuan yang penuh sejarah ini. Jangan kita terlalu agresif mempertontonkan aksi yang lasak jika kita sendiri akan dipersoalkan tanggungjawab dan displin.

Tuesday, April 6, 2010

MAJIKAN DAN PEKERJA PERLU BERSATU

MAJIKAN DAN PEKERJA PERLU BERSATU

Tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut hari Buruh. Kita sebagai pekerja harus peka dengan situasi ekonomi yang melanda kini. Krisis ekonomi dunia dewasa ini, banyak mempengaruhi sikap dan tidak tanduk majikan terhadap perjalanan syarikat mereka.

Yang penting dalam menangani hakikat tersebut. Sudah pasti majikan dan pekerja perlu bersatu mencari formula bagaimana mahu merealisasikan harapan yang bakal ditempuh hari kemudian.
Majikan harus mengambil berat tentang kebajikan pekerja, tidak sepatut sewenang-wenangnya melepas batuk di tangga sahaja.

Majikan yang mengambil berat pekerjanya adalah majikan yang perihatin terhadap komitmen yang ditunjukan oleh pekerja sendiri. Janganlah kita rugi kerana mengejar kuatiti tapi lupa kualiti terus menjadi tanda tanya serta tekanan kerap membebani mutu kerja. Lalu menghasilkan pengeluaran yang di luar jangkaan. Siapakah yang kerugian majikan atau pekerja bawahan.

Sunday, March 28, 2010

BUTA

Seorang lelaki bersama tongkatnya memasuki masjid dipimpin tapi seorang lelaki boleh mengayuh basikal menaiki jambatan dan membeli senaskah akhbar. Apakah seorang lelaki ini benar-benar buta atau sebaliknya?

Thursday, March 18, 2010

RELAKAH MASYARAKAT MEMBIARKAN TERUS GEJALA SOSIAL?

Bagaimanakah mengatasi gejala sosial yang menjadi-jadi ketika ini? Benarkah ramai kalangan ibu bapa yang gusar dengan situasi yang berlaku? Atau mereka mahu meletakkan setiap perlakuan dari sesebuah kejadian itu pada bahu pihak berkuatkuasa dan yang bertanggungjawab? Apakah ibu bapa atau keluarga sendiri mengabaikan peranan mereka sebagai ketua dalam rumahtangga tersebut? Lalu berterusan menunding jari semata-mata. Tanpa mencari idea serta berkeras dalam hal ini. Seharusnya kita sama-sama dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama sentiasa bersikap bertolak ansur satu sama lain. Pihak terbabit mestilah menunjuk sesuatu yang perlu dihormati dan disegani oleh masyarakat. Dari menghasilkan kerja yang tidak munasabah serta banyak meninggalkan kesan yang negatif di hati masyarakat yang semakin sedar. Betapa pentingnya kehidupan yang aman dan damai. Kini Malaysia boleh lagi diketogorikan sebuah negara yang makmur, walaupun tidak didapat ditolak dengan mata kita sendiri gejala sosial tersebut terus menular. Sekatan demi sekatan biarlah berlanjutan sehingga akhirnya.

Wednesday, March 17, 2010

SEWAKTU KITA TERLENA

Sewaktu kita terlena kita tidak punya ingatan atau deria dengar. Apakah kita perlu persiapan sebelum terlena? Atau kita telah cukup lengkap dengan tertibnya lalu berserah demi hak dan ketentuanNya.

SAYANG ISTERI DITINGGAL- TINGGALKAN PUKUL ANAK JANGAN SEKALI

Kata orang tuan dahulu sayang isteri ditinggal-tinggalkan sayang anak dipukul jangan sekali. Pernahkah kita di zaman ini berfikir maksudnya. Begitulah pepatah orang tua yang begitu halus dan berkesan sekali pada masyarakat waktu itu. Apakah kita telah lupa atau sengaja melupakannya. ?Jika peribahasa itu telah lapok pada raksun mereka dan punya kata yang nampak moden bagi menyedarkan masyarakat sekarang yang mengikuti arus deras dengan budaya dan adabnya. Walaupun tidak disangkal betapa pihak tertentu cuba mencari muslihat bagaimana mahu cari jalan altertnatif menyelesaikannya. Lihatlah Malaysia kini dan seterusnya dalam menyempurnakan masyarakat yang berhemah.

DISPLIN PELAJAR

Displin pelajar. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal seumpama ini? Guru, ibu, bapa atau penjaga. Walaupun kita tidak perlu sangkal yang awalnya dari rumah, kemudian situasi sekekling kemudian di sekolah. Sekarang ini, gejala sosial begitu berleluasa terutama yang meilbatkan pelajar sekolah. Terlalu banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan perkara tersebut. Di antara yang begitu terdedah sekarang internet, tidak kiralah melalui pc atau handpone. Sesungguhnya pada keluargalah terletak bahu mereka bagi menyelamatkan keadaan. Jika keluarga juga yang tidak dapat menerima keadaan itu, bagaimana pula menunding jari ke arah orang lain yang di luar kemampuan mereka. Andainya dari perut ibu mereka sendiri yang lahir di dunia. Awalnya displin bermula daripada mana?

Tuesday, March 16, 2010

KEBAJIKAN

Dalam pemberian bantuan kebajikan masyarakat sesetengah pihak mempertikaikan bagaimana pemilihan pihak bertanggungjawab terhadap saluran tersebut. Bagaimanakah bentuk dan syarat yang diperlukan bagi pemohon yang layak dikategorikan sebagai tidak berkemampuan di dalam pengurusan seharian mereka? Jika segelintir yang terpilih mampu dengan kemudahan yang sedia ada. Adakah pilih kasih mempengaruhi pemberian tersebut? Sehinggakan punya rungutan dan sikap tidak berpuashati terus kedengaran. Siapakah yang tidak layak atau yang layak harus dipandang serius serta diambil tahu?

Sunday, March 7, 2010

APABILA IBLIS BERKUASA

Apabila iblis berkuasa manusia hilang pendoman lalu keracauan. Lupa keimanan dan ketakhwaan, yang pasti luar tabiat merusuh diri juga. Lihat rakusnya tubuh setelah iblis mudah menghasut manusia lantaran pertimbangan tidak wujud lagi. Amarah timbul seperti seekor binatang buas yang bertindak tanpa kepuasan. Hanya amalan yang lurus dan ikhlas punya petunjuk yang abadi.

BERBAHASALAH DALAM PERIBADI

Berbahasalah dalam peribadi cermin pada hari. Ketika kita selalu menunding jari yang menghukum kesalahan tanpa usul periksa. Kembalilah menjernihkan kehidupan tanpa menoleh sepi bersama kesangsian. Lalu membawa keikhlasan dan mempertimbangkan kewarasan yang seadanya.

KESUCIAN PERIBADI

Kadang-kadang kita terlupa terlalu memikirkan tentang siasah diri kita sering alpa dan terlanjur
dalam mencari kesucian peribadi. Cuba mengasingkan orang lain dengan adab yang tidak pernah kita sangka akan hilang dari penyerahan abadi.

Thursday, March 4, 2010

UNDANG-UNDANG

Apakah undang-undang kini tidak relevan sentiasa dibatasi elemen yang sukar kita terima melalui akal dan fikiran? Aku menjadi semakin keliru apabila kebenaran jauh menunda kebenaran dan kita hanyut bersama persoalan yang begitu rumit. Menghargai sebuah kujujuran menafsir kejiwaan yang memerlukan kesungguhan dalam menelusi kehormatan terkini.

Wednesday, March 3, 2010

MOGOK SENI

Beberapa tahun lalu Pak Samad mogok seni. Tapi dua orang sahabat telah bertekad mahu mogok juga. Aku tidak faham kenapa mereka berbuat demikian. Setahu aku mereka berdua sememangnya aktif dalam dunia sastera tanah air dan teater. Mungkin rasa tidak puas hati dengan pihak-pihak tertentu yang merasakan diri mereka tidak mendatangkan keuntungan serta mengabaikan semangat dan titis peluh mereka selama ini. Adakah mereka sedar tentang kesilapan besar yang telah dilakukan atau mereka tidak menghiraukan segala-galanya apabila api kemarahan sedang membuak-buak? Kembalilah sahabat-sahabat dalam keikhlasan dan keluhuran demi melahirkan generasi seni yang berjiwa besar lalu menjadi pendoman orang muda yang sedang memperkatakan gelora itu.

Monday, March 1, 2010

YANG MERASA DAN YANG TERANGSANG

Yang merasa dan yang terangsang mengubah serta mengutip jadual yang perlu diisi bersama keimanan. Meninggalkan kejahilan menyair ketakwaan dalam kemuliaan. Mencipta sesuatu yang indah menempah keyakinan menempuh keranjauan. Meneruskan keterbitan kerinduan jika hati sentiasa mengikuti jari bertasbih jua.

Saturday, February 27, 2010

ANAK-ANAK KECIL

ANAK-ANAK KECIL

Anak-anak kecil ini, tidak pernah membayangkan hidup atau mati. Tapi kita yang berakal dan berilmu di dunia tidak pernah mahu mendewasakan umur supaya mencintai anak-anak kecil yang tidak berdosa. Apakah yang mereka tahu tentang noda dan dosa? Mereka sentiasa dalam pertimbangan ibu bapa. Corak kehidupan bergantung pada kebijaksanaan ibu bapa yang mendidik dan membesarkan. Seharuskah kita mengabaikan anak-anak kecil yang semakin hari kita lihat menjadi rakus manusia yang durjana terhadap mereka.

MAKNA KONVOI

Ragam anak muda sekarang begitulah ragamnya. Apakah makna konvoi selagi jiwa muda cuba merasuk mereka dengan pelbagai aksi dan gaya. Tidak pernah terbit pada fikiran mereka skil yang mereka lakukan penuh risiko dan bahaya. Mereka bernasib baik sekiranya tiada kemalangan berlaku, selamat pergi dan pulang seperti biasa. Erti konvoi berkumpulan bukan medan bagi perlumbaan. Sebaik sahaja aku mengikuti konvoi CAMERON HIGHLAND aku termenung jauh memikirkan anak muda yang suka melakukan aksi dan gaya yang tidak betul pada tempatnya. selekoh tajam lagi dilepasinya.

Thursday, February 25, 2010

KEILMUAN

Tersasarkah sebuah keilmuan? Yang aku deguk daripada penerimaan curahannya dalam meneruskan wacana kehidupan ini, walaupun sebelum ini aku tersesat mencari arah kiblat diri dan ILLAHI. Namun aku sendiri terlekat serta tersandar kebuntuan apabila duagaan itu begitu hebat menanti seterusnya aku terpaksa menerimanya sepenuh ketawakalan, tanpa sangsi. Cuba aku meninggalkan kedangkalan yang menggangu taubatku.

Wednesday, February 24, 2010

GADIS PERASU

GADIS PERASU

Kau memasuki ruang yang tidak pernah aku sedari, aku sendiri kehairanan apabila tiba-tiba kau menyusuri hari dengan kemesraan walaupun tidak sepenuhnya tapi cukup kau tinggal dalam sebuah ilusi dan misteri lagi. Gadis Perasu yang awalnya mengenali dari sebuah renungan sehingga kini kita dapat menyapa seketika cuma. Kita dibatasi segala-galanya , kita tidak mungkin.....

Friday, January 22, 2010

SEORANG TUA

SEORANG TUA

Seorang tua tinggal dalam hiba
rindu anak sering ketinggalan nyata
walaupun tersingkir sepi
seorang tua masih mampu berkata
lantangnya kadang-kadang membuatkan kesunyian bertambah
kepulangan anak-anak yang sering dinantikan hanya bayangan
seorang tua tidak pernah mengingati tentang kesilapannya
betapa kasih perlu menawan kembali
keriakan wajah semakin hambar belaka
urat temulat tidak sekeras dulu
kelembutan terasa
tubuh kecut jua
apakah anak-anak akan menjejak lagi
tanah pusaka moyang mereka
walaupun terpaksa membiarkan begitu sahaja
tanpa tertanam keinsafan seperti dulu menghargai kemanjaan dan kemesraan semasa kecil
di buai pagi dan malam
dan ketika sengsara berkala.

AYAT YANG TAK TAHU

AYAT YANG TAK TAHU

Mereka cuba mencari makna ayat
tapi ayat yang tak tahu
yang mereka singkap

Mereka meracuni pemikiran
yang tidak mampu merenungi jauh
membaca fasa kata memahami global terkini

Mereka menyempitkan keusangan peribadi
berada dalam jiwa yang kolot
tidak berada di paksi kebenaran yang lahir kegelojohan tercorot

Mereka berulang kali
melontar keegoan
tercicir keaiban yang menyuruh mereka menyimpan data penuh dimensi.

Pekan Kecil Kati.