KINI CINTA
TIDAK PERNAH TERDAMPAR LAGI
Maafkan aku
jika gimik lalu
selalu menyentuh kalbuku
selalu menyuruh rindu bermain di situ
tapi jodoh bukanlah untuk dirimu yang satu
Kini cinta
tidak pernah terdampar lagi
andainya wajah ayumu
sudah terkeluar
dari pencarian yang suci
Izinkan melalui ilusi
hanya
yang mahu aku sebutkan berkali-kali
antara kita
tidak harus dipertikaikan jua
Jika kita
tidak layak memiliki kasih sejati
tidak layak menagih mesra berdua
melainkan kita mudah alpa
tentang keinginan serta kebenaran.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Saturday, January 26, 2013
Sunday, January 13, 2013
KETIKA AKU INGIN BERSAMA
Ketika aku ingin bersama
sudah pasti halangan dan rintangan
di hadapan hidup
Ketika aku ingin bersama
redup
selalu menyerahkan peribadi
mempersoalkan tentang amarah
yang hadir
Ketika aku ingin bersama
aku cuba meninggalkan kesukaran dan keraguan
tapi sangsi
aku sendiri terhempas janji
Ketika aku ingin bersama
segala persimpangan
bagaikan mahu mendalangi kewarasan ini.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Ketika aku ingin bersama
sudah pasti halangan dan rintangan
di hadapan hidup
Ketika aku ingin bersama
redup
selalu menyerahkan peribadi
mempersoalkan tentang amarah
yang hadir
Ketika aku ingin bersama
aku cuba meninggalkan kesukaran dan keraguan
tapi sangsi
aku sendiri terhempas janji
Ketika aku ingin bersama
segala persimpangan
bagaikan mahu mendalangi kewarasan ini.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Subscribe to:
Posts (Atom)