background

Thursday, May 27, 2010

MARUAH

Bagaimana seorang ibu boleh melihat anak perempuannya melakukan adengan ringan di depan matanya sendiri tanpa rasa malu dan segan. Hanya kebanggan yang terlukis di wajahnya. Apakah dunia telah songsang atau akhirat yang tidak pernah terlihat lalu darjat tersungkur laknat?

Maruah..........?

MEI

MEI

1 Mei 2010 merupakan hari Buruh. Semoga saranan kerajaan mahu menyelaraskan tangga gaji sektor industri terutama perkilangan kain dapat memberi impak yang berfaedah pada warga tersebut. Telah lama mereka dalam kedudukan yang lebih rendah dengan kerjaya yang lain.

15 Mei. Hari Belia. Apakah matlamat belia di tanah air ini, tercapai apabila pelbagai peruntukan dan sumbangan disalurkan? Adakah belia sedar dan berfikir berapa jumlah yang telah habis bagi tujuan memberi kemudahan dan latihan bagi melihat akan datang belia terkini menjadi pelapis kepimpinan yang sedia ada?

16 Mei, Hari Guru. Picisan Rasa mengucapkan selamat hari guru kepada semua yang terlibat dengan kerjaya ini. Biarlah guru mendidik, ibu bapa di rumah memberi sokongan dan masyarakat meneruskan agenda bagi bekerjasama dalam menagani gejala yang sedang bergolak ini. Bukan guru sahaja tempat mereka mendapat pendidikan tapi kita sebagai pendokong mencari alternatif lain untuk menyuburkan pemikiran yang positif.