background

Thursday, September 13, 2012

KETIKA KITA SIBUK
MENEBUS SEBUAH KEHIDUPAN YANG SEMAKIN KELIRU

Ketika kita sibuk
menebus  sebuah kehidupan yang semakin keliru
kita semakin alpa
dengan perjalanannya
yang begitu jauh menyimpang dan tersimpang
kerana mengejar kejayaan
kita membiarkan gejala
yang tidak mungkin terjadi kenyataan
terus menyulitkan keimanan dan ketakhwaan
dalam setiap pengorbanan.
kita
terus jauh terkulai kejahilan.

AL HISYAM,
KUALA KAANGSAR.