background

Wednesday, December 30, 2009

PINGGIR TAHUN 2009

Hampir selesai tahun ini, belum aku merasakan sebuah kejayaan yang berharga aku miliki melainkan aku sering menerima hikmah dan cabaran yang MAHA HEBAT. Berserah diri bertawakal jika agenda yang berlaku punya persoalan dan jawapan. Pinggir tahun 2009 tidak beberapa lama lagi akan bertedik. Aku menyelak harian hari yang terdahalu sebagai pendoman. Aku berdoa semoga tahun 2010 memberi kemanasin yang berpanjangan, jauh dari himpitan noda. Walaupun aku tetap bersyukur di atas pemberian-Nya selama ini.

Tuesday, December 29, 2009

0.33 PERATUS

0.33 %

KETIKA kita mencari sesuatu yang hilang kita tidak pasti 0.33% memberi impak yang mendalam kepada JANUARI 2010. Tidak pernah kita terfikir bahawa semalam kita pernah goyang kaki hingga ke pagi, melebar punggung ke tengah hari dan boleh tidur lena di malam hari. Bagaimanakah 0.33% mencetuskan kemarahan yang berpanjangan. Sehinggakan kaki pada kaki. tangan pada tangan.

Monday, December 21, 2009

HIKMAH PAGI JUMAAT

HIKMAH PAGI JUMAAT

ALLAH menguji semangatmu setelah ALLAH juga mengambil nyawa anakmu tapi penyiksaan nalurimu masih menjerit kuat bagaimana cara perginya menemui-NYA masih tidak dapat menerima sepenuh jiwa. Sabarlah inilah hikmah pagi Jumaat. ALLAH lebih sayang anakmu.

UREKA

UREKA

Bertemu kembali dalam suasana yang berbeda
telah lama aku menyisih diri bercampur aduk dengan teknologi industri
aku lupa bahawa aku juga
insan seperti mereka seketika dahulu
jika pemusatan hati ini
berat pada kerjaya yang memberi nafkah anak bini
kini aku bersama rakan seperjuangan yang aku tinggalkan terbiar
aku dan IJAMALA M.N seakan tersipu malu
tanpa pembelaan diri mahu meneruskan wacana semalam yang belum berakhir lagi
PYANHABIB seakan ingat atau terus lupa pernah dia jumpa aku
Hanim, suaminya dan YKP memberi tanda tanya yang aku sendiri telah lama tidak bersua
malam Ahad yang sudah aku pergi bersama IJAMALA M.N meilhat persembahan unik anak seni dan perasmian SEKOLAH BUDAYA RAKYAT oleh PYANHABIB. Celoteh PYANHABIB sebelum itu memberi kesedaran bahawa bentuk dan rupa bukan wajah zahirnya tapi anugerah ALLLAH lebih indah yang mengizinkan segala-galanya. Syabas Mat Saman Kati serta orang-orang kuatnya yang ingin sesuatu dalam mempertingkat martabat seni di tanah air. Semoga UREKA akan menjadi kenyataan.

Wednesday, December 16, 2009

LENA DIPERBARINGAN

Lena diperbaringan aku tidak peduli yang terjadi di luar zahirnya. Batin tetap begitu tiada ilusi yang indah terlukis. Semalaman aku letih dalam kesiangan, kelesuan menjadi-jadi mengusir kekuatan. Aku tidak tahu cerita yang terjadi selepas lena diperbaringan.

BERPURA YANG MERUGIKAN DIRI

Manusia berpendirian tidak pernah mahu berpura atau menipu diri sendiri melainkan berserah pada ILLAHI lalu bertawakal mencari penyelesaian yang hakiki. Tanpa kita menunding jari memusnahkan keaiban sendiri kembali.

Saturday, December 12, 2009

Dua minggu melewati bersama seorang sahabat yang terseksa jiwa dan batin
kembali aku merenung malam dalam penderitaan
seorang sahabat menemui ILLAHI awal dinihari
menghembus nafas terakhirnya
dengan mata kecilnya masih mengintai alam
yang belum kesudahannya meninggalkan anak
yang kurang upaya
air mata kenangan masih jernih di hari
ketika hayatnya sering mengadu hidupnya
yang penuh berliku dan sendunya
Berbicara mengenai hidup semesti kita terlalu sukar menempuh ranjau dan terlalu payah melewati sepinya. Tapi kita lupa kepadaNya yang susah serta payah itulah harga yang terlalu mahal dibalasi nikmat ILLAHI kembali. Sedar atau lupa kita sentiasa menerima hikmah disebalik perencanaan itu. Yang mudah bergolek hanya sementara. Pasti kita menderita sekiranya alpa atau angkuh menuntut perjanjian-Nya. Kita tinggal pertaruhan yang telah ditetapkan.