background

Thursday, March 21, 2013

BAGAIMANA MAHU AKU LENA DI PERBARINGAN

Jenuh aku mencuba
melelapkan mata
setelah kedamaian ini
telah dituba restunya
bagaimana mahu aku lena di perbaringan
setelah tersentak
dengan keracauan
yang bermuzik di cuping telinga.

Monday, March 18, 2013

HENTIKAN KEPURAAN
YANG CUBA MENDAMBA RINDU BERBAUR SEPI

Seorang tua
terus lesu di kamar hari
menanti setiap waktu
kasih
hadir bersama
setia
kunjung tiba
namun hiba hati
hentikan kepuraan
yang cuba mendamba rindu berbaur sepi
setelah DIA
memberi ingatan dan prnjelasan
tentang keingkaran
serta dolak dalik
yang mencemuh kemulian
kehormatan
sebagai anak
pada ayah
yang pasrah
mendoakan kebenaran
berpihak jua.

Sunday, March 17, 2013




WARNA KASIH YANG MASIH INDAH
(ALLAHYARHAM AHMAD ZUFIKAR SAMSURI)

Mac ini ingatan aku pasrah dalam kerinduan seorang adik punya perjuangan yang  belum kesamapaian pergi dengan keizinanNya. Warna kasih yang masih indah bagaikan baru semalam berkilaunya di hadapan kehidupan ini hnya bayang di cermin diri yang sesekali memberi sesuatu hikmah pada janji  walaupun aku mengerti dia tidak akan kembali lagi. Siapakah yang sepatutunya merangkul jua sebuah adaptasi ini menjadi realiti setelah aku sendiri sukar  menerobosi keiningnan dan cita yang agak abstrak itu.