background

Monday, November 12, 2012

BERAPA RINGGITKAH LAGI
YANG TAK CUKUP

Dulu aku tidak seperti selalu
sehingga saat ini
aku menjadi malu
sekiranya masih terdengar
keriuhan ketidakpuasaan
terus memburu ditelinga aku

Berapa ringgitkah lagi
yang tak cukupnya
bagi menjamin hidup
lebih selesa
andai
semakin tinggi nilainya
riak
yang nampak
hutang
yang banyak
aku
pulak
yang ditempelak

Banyak mana pun yang dapat
kesyukuran
tidak juga
yang kedengaran
tapi dibatasi keracauan berpanjangan.

Thursday, September 13, 2012

KETIKA KITA SIBUK
MENEBUS SEBUAH KEHIDUPAN YANG SEMAKIN KELIRU

Ketika kita sibuk
menebus  sebuah kehidupan yang semakin keliru
kita semakin alpa
dengan perjalanannya
yang begitu jauh menyimpang dan tersimpang
kerana mengejar kejayaan
kita membiarkan gejala
yang tidak mungkin terjadi kenyataan
terus menyulitkan keimanan dan ketakhwaan
dalam setiap pengorbanan.
kita
terus jauh terkulai kejahilan.

AL HISYAM,
KUALA KAANGSAR.

Thursday, August 9, 2012

JADUALKAN RAMADAN DENGAN KETAKHWAAN

SISIHKAN mimpi yang merusuh jiwa lagi
ketika 10 Ramadan yang terakhir ini
jadualkan ketakhwaan dan keimanan
dari kesukaran
tanpa percubaan
tanpa keyakinan
manalah punya kebenaran
jika masih lupa
lalu
membiarkan sahaja
rindu
yang sepi
bertaut pilu.

Monday, March 12, 2012

MENOLEH SEMALAM DALAM PERJUANGAN

KARYAWAN PK
uniknya pada sebuah diri
yang tiba-tiba terpukau
membawa aku di landasan kebetulan
walaupun terpaksa harungi perjalanan yang sukar
tapi penuh penjelasan
menoleh semalam dalam perjuangan
aku mengerti tanpa pengorbanan
pasti alpa dan kecewa
biarkan kesanggupan itu
mendewasakan aku
demi ketulusan ini
terus menyimpan janji lagi.

AL HISYAM,
PERSISIRAN SAYONG, KUALA KANGSAR.
10 MAC 2012.

Saturday, February 4, 2012

12 RABIULAWAL 1433



HARI KEPUTERAAN



NABI MUHAMMAD S.A.W









YA ALLAH INGATKAN AKU PADA SEMALAM YANG SEPI DAN PILU

YA ALLAH
relakah penyerahan ini
menemui sebuah kebenaran
dari punah lagi
dalam keributan itu
yang menjadi sepi dan pilu
akan dilalui esok
dengan kekudusan dan kesungguhan
menyeri kehidupan
untuk menyelami perjuangannya
jika semalam begitulah hikmahNYA
yang memesan aku jauh
dari kebaculan dan keaiban peribadi.

SELAWAT DAN SALAM

Monday, January 16, 2012

FERINGGI BERUBAH WAJAH TUBUHMU

FERINNGI

Berubah wajah
ketika aku sampai di kaki tubuhmu
ketika aku sampai di jari tanganmu
FERINGGI
inai dan perhiasan
melengkapi kecantikan
keindahannya
menambah pandangan
matamu yang lentik
bulu badanmu
yang sesekali mendinginkan segala-galanya
di bibirmu air liur berbuih
namun tidak sejernih dulu
apakah balasan dan hikamhNya
andainya sering deman
dengan dugaan.