SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
FIKIRNYA MALAMI INI
Bagaimana mahu menyatakan kemampuan
keharusan dalam keseimbangan
jika fikirnya malam ini
belum kesempatan
mahu tunduk
mahu sujud
jika katanya
dia haprak
apakah sanggup
diterima ketika kedayusan serta keaiban
menyelubunginya.
AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.
Tuesday, December 20, 2011
SENGAJA AKU MAHU BERKATA BEGITU
Entah kenapa
sengaja aku mahu berkata begitu
setelah semalam
bermain di hujung rindu
berkelana dalam kasih yang sendu
mencium batu kaku
dari sujud sembah
pada ILLAHI.
AL HISYAM,
KUALA KANSGAR.
sengaja aku mahu berkata begitu
setelah semalam
bermain di hujung rindu
berkelana dalam kasih yang sendu
mencium batu kaku
dari sujud sembah
pada ILLAHI.
AL HISYAM,
KUALA KANSGAR.
Saturday, November 26, 2011
Friday, November 18, 2011
GAMITKAN HATI INI
Warasnya kembali seorang kembara jiwa
yang sengsara
luluh raganya
setelah tersepit antara keaiban dan keterlanjuran
gamitkan hati ini
dengan pendoman
jika keimanan dan ketakwaan
memberi petunjuk kebenaran
kembara jiwa
telah menemui semula segala-gala
yang terhalang.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK

Tuesday, November 1, 2011
AYUH MARI KITA TINGGALKAN SEBUAH KERESAHAN INI
Apalah gunanya kita sukar mencari penjelasan
ketika belum temui kebenaran
ayuh mari kita tinggalkan sebuah keresahan ini
jika masih panjang waktu
kita
untuk merealisasikan kemampuan
harus kita mencuba
mendapatkan keyakinan
selepas itu
baru buktikan kesukaran
dari membahaskan ketidakupayaan.
AL HISYAM,
KARYAWAN PK.

Thursday, July 21, 2011
PERTARUHAN MALAM
Dalam menaip sebuah bicara
mesti terpapar wajah merah padam itu
kenapa pertaruhan malam
sering menguji kekuatan dan keyakinan
khyalan
pasrah merenungi kecekalan
gadis ayu
perempuan Melayu
yang sanggup meninggalkan seketika keseriannya
demi bangsa serta pertiwi
berpanas
berhujan
tahan herdikan
Dalam menaip sebuah bicara
seperti hari lalu
yang biasa dihatiku adalah pertaruhan malam
mengingati saljunya budi dan pekerti
gadis ayu
perempuan Melayu,

Wednesday, June 29, 2011
PERJALANAN INI TIDAK PERNAH MELANGKAUI IMPIAN
Dinihari itu
aku menaiki tren di Kuala Kangsar menuju KL CENTRAL
dalam menemani seorang teman yang mewakili wilayah utara
bersama harapan
betapa pulang nanti
membawa cerita pendek tapi penuh berisi
Perjalanan ini tidak pernah melangkaui impian
ketika hati ingin bertemu dengan sahabat sealiran minatnya
telah muncul sebuah kenyataan
dari kesenyapan lalu
keluar
dari kebuntuan.
LAFANORHAIZUL ISTAKAMISA NS

Friday, June 17, 2011
AL FATIHAH
Teman-teman seperjuangan, terkejut dengan pemergian dua orang penulis yang mapan.
ALFATIHAH. Dalam jangkamasa seminggu AMIRUL FAKIR meninggalkan kita, hari ini kita tersentak lagi berita sepi M.Saleh Mayat pula pulang ke RAHMATULLAH. Semoga roh teman kita diberkati oleh ALLAH hendaknya. AMIN

Friday, April 29, 2011
1 MEI 2011 HARI BURUH
SELAMAT HARI BURUH 1 MEI 2011 DENGAN TEMA PEKERJA MEREALIASASIKAN TRANSFORMASI NEGARA.
SEMOGA WARGA BURUH KITA BEKERJASAMA MENAIKAN MARUAH NEGARA. NAMUN BAGAIMANA PULA JANJI KERAJAAN TENTANG PELARASAN GAJI YANG TELAH PERSOALKAN. DI MANA KAJIAN SEKARANG TAHAP GAJI BEGITU RENDAH DIBANDINGKAN DENGAN TARAF KEHIDUPAN YANG SEMAKIN TINGGI.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
Sempena Hari Keputeraan SULTAN PERAK YANG KE 83, sekarang ini sedang berlangsung PERTANDINGAN VESPA DAN KERETA ANTIK DI ARENA SQUARE, KUALA KANGSAR.
Sempena Hari Keputeraan SULTAN PERAK YANG KE 83, sekarang ini sedang berlangsung PERTANDINGAN VESPA DAN KERETA ANTIK DI ARENA SQUARE, KUALA KANGSAR.
Friday, March 11, 2011
JANGAN JADI AKU PERANGKAP KELAZIMAN
JANGAN JADI AKU PERANGKAP KEZALIMAN
Bertuahkah aku di bumi yang damai ini
dengan kemajuan dan pesona kehidupan yang hebat menanti
tapi kocakan sepi
sering terkena tempiasnya dihati
Jangan jadi aku perangkap kezaliman
setelah sekian waktu bertamu diri di arena dinihari
terpaksa menahan perih budi
yang melimpah bersama badi kejahatan jantan tak terperi
Sudahlah kita anak bangsa yang sama-sama berbakti
kembali pada sebuah erti
kesungguhan mentaati
jiwa yang bertaburan pergi.
ALONG PR.

Tuesday, February 15, 2011
TERSUNGKURNYA HULUBALANG ITU
TERSUNGKURNYA HULUBALANG ITU
Berminggu membina sebuah kekuatan
menjadualkan keinginan
menyatukan kedaulatan kebenaran
akhirnya tercipta kemenangan
bersama usaha dan keyakinan
tersungkurnya hulubalang itu
yang penuh kepalsuan
menuntut kesejahteraan disebalik keampuhan
jelas hukuman perlu
dalam menyakinkan kerugian serta kemiskinan
yang terlampau mengaut kekayaan.

Monday, January 10, 2011
QAYYUM
QAYYUM
Entah tiba-tiba air mata ini
menitis
ketika membilang nasib esok
yang belum ketentuannya
Qayyum
semalam aku tidak tahu
yang takdir itu
mahu menghukum kelalaian
dan sendu
Tidak pernah aku memohon dunia
yang penuh misteri menyelebungi diri
rupanya Qayyum
menerima tempiasnya
begitu dangkal hidup ketika jadual tidak dikemas kini
aku terumbang ambing jua
Kini aku tawakal
jika ILLAHI sahaja
yang dapat memutuskan doa
menjadi harapan
yang dapat memberikan makna
dalam kebenaran
Qayyum
maafkan aku
kecilmu dulu
memaksa keraguan menyinggung hatimu hari ini
bukan aku ingini segala-galanya
andai kedatangannya seperti ribut
dan aku tersipu mengikuti langkah yang berliku.

Friday, January 7, 2011
BAB TERAKHIR DISEMBER 2010
BAB TERAKHIR DISEMBER 2010
Setelah aku lewati janji seorang sahabat
menziarahi seorang ibunya yang tenat
bab terakhir Disember 2010
menjadualkan judul akhir novel hidupku
Tersepit lemas
dalam lif Hospital Permaisuri Bainun
mengejutkan seketika kerisauan itu
selepas terharu dan sepi
menatap seorang ibu terlantar nazak
menunggu saat kematian
Berpeluh dingin
takdir ILLAHI
menguji diri
menanti pintunya terbuka
Bab terakhir Disember 2010
cukup mengakhiri novel tahun ini.
AL HISYAM,
HOSPITAL PERMAISURI BAINUN.

Subscribe to:
Posts (Atom)