background

Monday, January 10, 2011

QAYYUM

QAYYUM

Entah tiba-tiba air mata ini
menitis
ketika membilang nasib esok
yang belum ketentuannya

Qayyum
semalam aku tidak tahu
yang takdir itu
mahu menghukum kelalaian
dan sendu

Tidak pernah aku memohon dunia
yang penuh misteri menyelebungi diri
rupanya Qayyum
menerima tempiasnya
begitu dangkal hidup ketika jadual tidak dikemas kini
aku terumbang ambing jua

Kini aku tawakal
jika ILLAHI sahaja
yang dapat memutuskan doa
menjadi harapan
yang dapat memberikan makna
dalam kebenaran

Qayyum
maafkan aku
kecilmu dulu
memaksa keraguan menyinggung hatimu hari ini
bukan aku ingini segala-galanya
andai kedatangannya seperti ribut
dan aku tersipu mengikuti langkah yang berliku.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.

No comments:

Post a Comment