BAB TERAKHIR DISEMBER 2010
Setelah aku lewati janji seorang sahabat
menziarahi seorang ibunya yang tenat
bab terakhir Disember 2010
menjadualkan judul akhir novel hidupku
Tersepit lemas
dalam lif Hospital Permaisuri Bainun
mengejutkan seketika kerisauan itu
selepas terharu dan sepi
menatap seorang ibu terlantar nazak
menunggu saat kematian
Berpeluh dingin
takdir ILLAHI
menguji diri
menanti pintunya terbuka
Bab terakhir Disember 2010
cukup mengakhiri novel tahun ini.
AL HISYAM,
HOSPITAL PERMAISURI BAINUN.
No comments:
Post a Comment